Monday 25 June 2012

TIPSSSS… Mengatasi Perasaan yang datang “mengada-ngada” semasa Temuduga penting – Free of Charge je



Assalamualaikum kawan-kawan.

bersua kembali kita dalam rancangan..... erkk... takde idea nak bagi nama program. 

ok sila abaikan.

saya nak kongsi sikit pasal hal temuduga ni since saya dah mengalaminya banyak kaliii kot..

hehehehe.

1.      Berkawan dengan Si Penemuduga. Hah? Macam maneee tuuu?

Well…

penulis bukannya suruh pembaca kesayangan pergi terjah pegawai yang nak temuduga anda tu, then tiba-tiba mintak diorang punya akaun Fb, Twitter,bla..bla.. bla… bukan tau!

Hehehe.

Maksud berkawan tu sebenarnya,

jawablah soalan yang mereka ajukan tu macam kite jawab soalan dari kawan-kawan, santai, bersahaja…

TAPI!

Kena lah dengan situasinya.

Gaya bahasanya..

 janganlah guna bahasa pasar ye nookkk! Formality come first okay peeps!

 

2. Had Laju Percakapan. Nak cakap laju ke perlahan ek?

Ok.

Ini pun kekadang masalah jugak.

Kenapa sesi ini dipanggil temuduga?

 Sebab, mereka yang nak ambik kamu, kamu, kamu dannn KAMU untuk berkerja dibawah mereka haruslah tahu kamu ni orang yang macam mana.

Adakah sama hebat dan outstanding macam dalam resume ataupun jauh panggang dari api? Haaa…

disini lah mereka akan menilai cara kamu bercakap, cara kamu respond kepada pertanyaan mereka, body language kamu…

semuanya memainkan peranan tau!

Jadi, pastikan kesayangan semua tak bercakap terrrrrrlalu laju dan terrrrrlalu perlahan

meleret-leret….

Nanti yang mengadappp kamu tu akan rase BOSAN!

 

3. Sentiasa Bersedia. Sedia ape? Macam mana?

Sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.

Untuk apa?

Untuk menghadapi apa jua perkara yang bakal datang.

Mana tahu,

ada perkara yang anda semua tak jangka, kan..

sekurang-kurangnya anda dah sedia dengan back up plan.

Yeaaaahhhh!

 

4. Research is IMPORTANT!

Yup. Sangat penting.

Anda harus tahu, research memang sangat penting untuk memberi anda idea...

ape nak jawab/cakap, gambaran berkenaan kerja yang anda mohon..

semuanya sangat penting.

Jadi jangan ambik mudah wlaupun sekecil zarah jeee perkara itewww… hehehehe


5. Jadikan Rasa GEMURUH sebagai SAHABAT paling rapat

Gile laaa kalau korang tak nebesss mase pergi interview!
Macam tu bak bagi la tips kat nadia.
Hehehe.
Untuk atasinya, mudah.
Jadikan perasaan itu kawan yang paling rapat.
Macam kawan kite sendiri.
Kenapa kite nak gemuruh pulak klau jumpa kawan sendiri kan
=)
So macam tu jugak la konsep die.
See?
Nampak tak permainan die?
Kaaannnn!
Rasa gemuruh ituuuu merupakan BFF kite takkk kira masa, tak kira tempat, dimana jua kite berada.
*dahmacamiklanrayalapuleekkkk*
So tak payah takut.
Tak perlu hindar.
Jadikan ie kawan rapat okeyyy!

Ok cukup untuk tips hari ini.
Sama-sama manfaatkan.
Dan sila lah cuba.

Havea nice day my beloved!

xoxo

KETERUJAAN DIKONGSI – Teruja sangat ke? He… He… He…



Assalamualaikum kawan-kawan kesayangan.
Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja.
Hati tengah teruja dan bersemangat sebenarnya.
Kenapa?
Sebab kan.. kan… kan…
Kite dapat e-mail dari SPA.
Eh!
Bukan spa yang urut-urut, lulur, mandi wap itewwww.
Tapi SPA ni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Ek eleehhhh…
Apesal cemikkk muke tu?
Tak baik tau!
Mesti korang nak cakap camni
“baru dapat panggilan temuduga dah nak bangga-banggga kat blog”.
Kan? Kan? Kan?
Betul tak?
Hehehe…
Mahap. Mahap.
Saya tak kate semuanya.
Tapi adeee la segelintir yg saya tahu akan cakap camtu.
Saya sangat teruja sebab saya memang naaaak sangat berkhidmat dengan Kerajaan.
Selain dapat berkhidmat kepada masarakat, kite jugak dapat berkhidmat untuk Negara tau!

Ok.
Pandang dari sisi yang lain pulak.
Banyak kelebihannya berkerja dengan kerajaan.
Senang nak buat pinjaman perumahan.
Senang nak buat pinjaman untuk beli kereta…
Senang nak buat apape pinjaman kerajaan lah senang cakap.
Kalau kerja dengan swasta…
Memanglah gaji sedapppp!
Beriban-ribaaannn!

Tapi,
Faedahnya tak sebanyak macam kite kerja dengan kerajaan.
Ade sesiapa yang tak mau keje dengan kerajaan ke?
Rugi tau kalau tak nak.

Doakan yang terbaik untuk saya ekkk kesayangan semua!
Saya amat mengharapkan akan ada satu kejaiban yang berlaku sebab saya memang nak kan jawatan ni sebab saya tahu saya mampu dan saya layak.

Over confident?
No I’m not.
It’s just a motivation word for me.
=)

Saturday 23 June 2012

JOHOR BAHRU DAN KENANGAN YANG TINGGAL– Edisi Menggamit Memori.



9 Jun 2012 merupakan hari lahir papa Ke-58 tahun. 
Apa??
 Papa dah 58 tahun??
 Kenapa boleh tak sedar niii… =.=!

Anyway… sebenarnya ada peristiwa lain yang patut berlaku pada tarikh ini… tapi apakan daya, semuanya hanya tinngal dalam lipatan memori sahaja. Biarlah tersemat dalam diri kami semua. Ape pun, kami BERSYUKUR dengan kurniaan yang Maha Esa. Mungkin ada hikmah tersirat yang kami tak Nampak. 
Yang penting ia adalah HALAL di sisi agama :’)

Jadi untuk mengubat hati, jiwa yang berduka lara ni, maka Encik Yayang menjadi hero untuk menceriakan kami semua.Yeaayyyyy!!! (macam tak beriyeee sangatlah masa taip quote ni…hewww…hewww) 
Die pulak lain ceritanya. Die dengan bersungguh-sungguh suruh mama dan papa bersiap sebab Encik Yayang nak bawak mereka berjalan-jalan di Johor Bahru.

Ok.

Terdiam jap.

Berfikir.

Apa yang ade dekat JB?

Ade apape yg menarik yang aku tak tau?

Bingung.

Tibe-tibe die tepuk bahu, suruh saya pakai tudung, teman die pergi bank sekejap.Dalam perjalanan ke Bank.
 Masing-masing senyap.Encik Yayang starts the conversation.

“janganlah sedih. What we want had already come true even though it’s not happen like what we planned. I promise… we’ll do it our way one day ya?”

I was like….

Ha?

Emm…

Well…

Okay…

Dah macam tu je.Hahahaha.Sebab takmo fikir sangat.Settle di bank, kami terus balik untuk pick up mama dan birthday boy.Hehehe.

Oh, pergi ke Johor Bahru kami lalu jalan biasa je, jalan meredah felda dan kampung namanya.

^____^

Malas nak ikut highway sebab dari rumah saya ke highway makan masa setengah jam jugak.
(saya ketandusan ayat laaaa… betulll…. Tak tipu….)

Sampai di Johor Bahru saya jugak yang menjadi tourist guide. Hampeh. Ingatkan beriya ajak jalan ke JB die tahu jalan.Rupenyeeerrr tak tahu. Saya bawak die ke area Hutan Bandar.

Tiba-tiba dia Tanya “kenapa nama tempat ni Hutan Bandar? Motif?”

Adoiiii die nii…. Banyak pulak soal. Macam takde soalan lain pulak kan. Then Birthday boy yang jawabkan.
Hahaha.Berubah terusss muka Encik Yayang. Tu la sape suruh Tanya soklan sengal. Hambeekkkk kene sebijikkk dengan papa. Kemudian saya tunjukkan pada dia sekolah Along dan Dina masa diorang kat JB. Oh, Along dan Dina tu sepupu saya. Dulu mama jaga mereka sebab mak uda saya ada masalah kesihatan. Kemudian terus ke Jalan Gertak Merah. Kuarters kerajaan tu Nampak uzur dan semak-samun. Sedih+sayusangat bila Nampak keadaan kuarters tu. Dulu kawasan kuarters tu sangat cantik. Petang-petang saya akan ke taman permainan… Tapi sekarang taman permainan tu pun dah takde. Saya nak ambik gambar. Tapi Encik Yayang tak bagi. Dan papa jugak.:’(

Habis di situ.

Saya suruh dia straight je ke perhentian bas lama tak jauh dari rumah kuarters tu. Sekarang dah jadi tapak pembinaan. Tak pasti apa yang mereka nak bina kat situ. Landmark pun dah tak beroperasi. Kesian peniaga kat situ. Kawasan tu dah suram. Kemudian lalu di Pejabat Pentadbiran Negeri Johor.Bangunan berwarna coklat ala-ala zaman British dulu membuatkan Encik Yayang heksaiteddd semacam.

Well..
Satu perkara pasal Yayang saye ni..Yang saya perasan la. Korang jangan bagitahu die tau! Die ni sangat mengagumi Kesultanan Johor. Dari Zaman pemerintahan Johor Lama, Sampailah kepada Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar, Sultan Ismail. Semua dia tahu.Hebat die ni. hehehe...

saya dah penat  jadi saya suruh dia terus je pergi Stulang Laut. Makan seafood di situ. hehehe. selesai makan, kami balik semula ke Kluang. Mata penulis dah kecik...besar...kecikkk... besarrr...
tau..tau je..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, dah sampai Kluang?

hehehe.


Doakan kami :')

=)

saya yang tak mitappp ^___^

Abaikan kaki pengkau~~

Die memang suka pinkkk!

hehehe.. bincang apeee la tu

Happy Birthday Papa. WE LOVE YOU.


Ok?

Bye!

KOTA SINGA IALAH SINGAPURA..... Aaaaaauuuuummmmmmm!


Kerja! Kerja! Kerja!

Cari duit selagi mampu dan selagi terdaya.

Outstation ke Singapura.

Jangan salah faham.

Saya tak sempat shopping pun.

Tapi saya sempat buat listing barang yang nak dibeli.

Hahahaha..

Terus Encik Yayang tak nak layan dan buat muka selambeeerrr aje.

Berani sungguh die!

Ok lah tiada idea yang menarik.

Takde cerita best yang nak kongsi melainkan fokus kepada blog baru ini.

Kepada pembaca… silalah follow saya semula ye
 (mata berkedip-kedip bajet comel mintak simpati)

Selamat malam…

Thursday 21 June 2012

BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LAH! – Edisi melepaskan geram tahap dewa.



Ape kena dengan kau ni sebenarnya? Tak cukup lagi ke? Sudah-sudahlah nak bercakap pasal orang. Orang Tanya pasal kau, aku cakap sebaik mungkin. Aku jaga aib kau sebab aku kenal semua keluarga kau. Tapi aku punya aib? Terjaga ke macam aib kau yang aku jaga? Walaupun kau bercakap dengan saudara-mara kau je, tapi tak ke kau rasa itu jugak dah menjatuhkan aib aku! Aku tak tau apa masalah kau sebenarnya tau tak. Lantaklah apa yang aku buat pun aku tak kacau orang, aku tak kacau kau! Tapi kenapa cerita aku ade je yang dibualkan? Sampai hal dekat facebook pun jadi isu. Tak tahu apape jangan lah nak come up dengan judgment sendiri! Sumpah aku memang tak faham yang amat. Ape lagi aku nak buat supaya kau tak bercerita pasal aku lagi? Sumpah aku menyampah tahap gaban! Benci laa. Tauk tak aku benci. Takkan aku nak kena cakap benda yang tak elok pulak pasal kau baru kau nak senyap.

Kalau kau kata kau lebih tua dari aku, lebih matang dari kau, kau sepatutnya tahu macam mana nak buat sedara mara kau pun berhenti bercakap pasal aku. Memang lah kau cakap “entahlah”, “tak ambik tahu”, “no comment”, lepas tu kau sambung dengan ayat-ayat “kesian” kat aku la ape bagai… takkan tak boleh fikir yang perkara tu akan jadi meleret2? Takkan benda MUDAH macam tu tak boleh nak fikir langsung? Atau pun kau memang sokong je ape yang orang lain cakap pasal aku then kau tambah lagi ape yang tak cukup kat statement dorang tu?

 Aku rasa satu kesilapan lah sebab kenal dengan abang kau dulu. Kalau aku tak kenal dia, aku takkan kenal kau, takkan kenal keluarga kau. Dan kau perlu TAHU! Bukan aku yg beriya-iya nak kawan dengan abang kau, tapi dia yang nak kawan dengan aku. Aku salah faham dengan dia DUA KALI, dan DUA KALI tu jugak aku nk end friendship dengan dia TAPI dia yg tak nak. Since the first day aku kenal dia, sanpai sekarang pun dia yang panggil aku “cyg” bukan aku yang suruh, bukan aku yang nak & bukan aku yang paksa, dia yang WILLING nak panggil aku dengan panggilan tu. Aku tau kau akan baca entry aku, bukan setakat kau, tapi orang yang betul-betul sibuk nak tau status aku jugak. Meh aku cakap benda yang abang kau cakap pasal dia, pasal kau, dari dulu sampai sekarang ni, sejak aku mula rapat dengan dia sampailah dah mula renggang macam sekarang. Kau tau taka bang kau tu sebaik-baik abang kat dunia ni. Tapi kau tak Nampak. Kau Cuma Nampak buruk dia, salah dia. Takkan pasal jodoh dia pun kau nak tentukan? Kau fikirlah berapa umur dia sekarang? Dia girlfriend pun takde. Sebab ape? Sebab susah sangat nak dapat perempuan yang taste kau, taste mak kau. Macam mana dia tak tertekan? Macam mana dia nak berkawan dengan orang kalau dia fikir yang dia kahwin bukan sebab cinta tapi sebab nak penuhi criteria yang kau dgn mak kau nak? Yang nak kahwin dia ke kau? Macam tu sampai bila-bila dia takkan kahwin! Kau nak perempuan yang pakai tudung litup. Memang Islam galakkan wanita menutup aurat TAPI kalaulah jodoh dia dengan perempuan yang tak bertudung, takkan kau nak suruh abang kau putuskan hubungan dia dengan perempuan tu hanya kerana dia tak bertudung? Kau ingat semua perempuan bertudung tu baik n semua orang yg tak bertudung tu teruk?? Macam tu kan kau judge orang. Betul tak?

Dengan abang kau, memang semua benda aku dapat. Bukan sebab aku mengada-ngada, menggedik dengan dia baru dia bagi ape yg aku nak. Aku tak payah buat semua tu pun. Sebab apa? Sebab aku sentiasa bagi dia jalan, bagi dia ruang berfikir sendiri, jalan mana yang dia patut ikut. Bukan terus bagi dia tekanan, bagi dia kata-kata negative yg buat die lagi down, lagi tertekan sampaikan die cakap alangkah bagus kalau ADIK dia sendiri boleh jadi macam aku, boleh bagi dia kata-kata semangat bla…bla…bla…

Dia kesiankan kau tau tak dengan kerja kau sekarang sampai cakap kat aku suruh aku carikan kau keje, kalau tahu mana-mana ada kosong, propose nama kau apetah lagi. Kau tak Nampak ke abang kau tu sayang kau. Cukup sayang kau tau tak?? Tapi kenapa kau tak pernah nak jadi adik yg baik pada dia? Kalau aku cakp dia abang aku, bukan main tak suka lagi kau kan. Kau Nampak dia banyak senyum ke banyak bersedih? Kau tengok dia banyak diam  ke banyak ketawa? Kau tak pernah tahu  hati dia, perasaan dia. Apa yg kau nak, dia ikut, ape yg family kau nak pun dia ikutkan. Tapi pernah tak sehari dalam hidup kau, kau  Tanya dia pulak ape yang dia nak, apa lagi yang kurang, apa lagi kau sebagai adik boleh tolong? Pernah tak kau buat macam tu? Kau tau tak dia tu satu je dalam hidup dia yang dia betul-betul nak. DIA NAK ADA SEORANG ISTERI YG BOLEH TERIMA DIRI DIA, KELUARGA DIA, BANTU DIA DARI SEGI KEWANGAN DAN PALING PENTING YANG BOLEH JAGA ORANG TUA DIA YANG SELALU SAKIT-SAKIT SEKARANG NI.  Pernah tak kau tahu semua tu? Kalau kau tahu kau takkan sekali-kali menyusahkan dia sebab kau pun bukan muda lagi, bukan budak-budak, kau dah boleh fikir walaupun kau memang manja dalam keluarga. Jangan fikir nak lepas diri sendiri je, orang lain kau tak peduli. FIKIRLAH.

Jangan sibukkan hal orang lain. Dulukan hal sendiri. Jangan nak jadi budak-budak sangat. Sungguhpun aku tak cantik AT LEAST aku tak plastik! Depan orang kau baik, belakang kau cakap macam-macam, kau persendakan hal orang. Ape benda macam  tu. Kau jangan nak bangga sangat kau cantik, tapi perangai kau tak secantik muka kau. Aku memang tak sangka benda akan berkakhir macam ni, tapi  takpe aku tak pernah nak menyesal pun. Dan lagi, aku bukan suka-suka nak block orang tapi kalau dah suka sangat jadi stalker, tak salah kalau aku block kan. Kalau tak nak baca, tak nak tengok lagi news feed kau dipenuhi dengan update aku, kau boleh remove aku dari akaun kau  & aku tak kisah pun. Cuba lah kau fikir dari dulu sampai sekarang. Kenapa Allah berat sangat nak jumpakan jodoh untuk kau sedangkan kawan-kawan baik kau dah ramai yang berkahwin & ada anak? Kau dah ada yang nak tapi kenapa setiap kali orang nak serius dengan kau, orang tu selalu akan kecewakan kau? FIKIR. FIKIR. FIKIR! Sebab terlampau sibukkan hal orang, hal jodoh orang. Kau sibuk cakap pasal jodoh orang itu dan ini. Jangan nak rasa kau tu terlalu bagus sampaikan  hal jodoh pun kau terlalu memilih. SANGAT memilih! Kau rasa kau cantik so lelaki yang nak jadi teman hidup kau pun mesti hensem? Baru sepadan dengan kau? Macam tu? Grow up laaa miss!

Lepas ni aku memang tak nak ambik tahu apape lagi dah pasal kau, pasal sesiapa pun lagi yang berkaitan dengan kau dan keluarga kau plus saudara-mara kau. Aku tak nak tahu! Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab kau dah bukak mata aku seluas-luasnya. Dan lagi aku doakan semoga kau dapat bukak minda kau, mata dan hati kau, supaya kau jadi lebih pandai untuk menilai dan pandai menjaga aib orang lain. Jangan sebab kau tak suka orang tu, kau suka-suka nak cerita aib die pada orang lain. Pada kau takde apape tapi PADA AKU, itu bukan benda main-main. Ok!

STRESS YANG MENYAKITKAN – Edisi orang tak sihat mental dan fizikal.



Saya memang tak berada dalam keadaan yang dihat sejak akhir-akhir ini. Dalam menulis entry ini pun saya masih lagi di hantui dengan kesakitan kepala yg berpunca daripada stress dan mendorong kepada berlakunya migrain yang terukkk. 

PHEEEWWWWHHHH….. (=.=!)
Kenapa saya stress?
Apakah puncanya?
Siapa yang menjadi punca ini semua?
Bagaimana saya boleh stress?

Well…. Inilah dunia. *tetibenaksalahkandunia*

Saya rasa bagi orang yg berkerja, especially yang makan gaji, pasti akan menunggu saat gaji masuk, betul tak? Dan lagi, bila hari nak gaji tu dah dekat, lagi la korang akan super duper excited sebab korang dah plan nak pergi makan stimboat, nak makan dekat Manhattan Fish Market, nak buat bayaran tudung kat sis Amoi Heaxa,  nak beli sun glass kat Charles & Keith. Eh? Lalalala…. Hahaha. Penulis tetibe nak mengaku bahawa itulah plan beliau.

TAPI!

Bila sepatutnya anda dah pun dapat gaji anda, tapi bos anda memandang sepi  je, takde tanda-tanda die nak announce “today is your pay day!” ataupun “kejap lagi saya bagi gaji masing-masing”, ataupun “saya baru balik dari bank, nanti check akaun” dan bos anda  datang ke ofis buat macam takde apape yang berlaku punnnn… apakah perasaan anda yang sebenar-benarnya pada masa itu? Marah? Sedih? Geram? Ataupun sangat bersuka cita dan gumbiraaaa macam dapat kasut Charles & Keith dari secret admirer anda? *tetibelagiCharles&Keith*

Kalau sayaaaaa….. memang saya akan menangis sebab:

1) saya kena bayar sewa rumah sebab kalau lambat bayar, tuan rumah akan tarik muka dengan saya.


2) saya kena bayar balik pinjaman MARA dah bagi kat saya sebab kalau saya lambat sikiiittt je, mereka akan hantar surat cinta ke rumah saya & penjamin yang akan menyebabkan isteri penjamin akan call mama saya dan tuduh saya macam-macam yang menyebabkan saya jadi sangat TAK SUKA!

3)saya nak pakai tudung cantik yg dibeli dari sis Amoi Heaxa pada surprise birthday party papa saya tapi kalau saya tak buat payment lagi, macam mana saya nak pakai tudung cantik iteeewwww… :’(

4) macam mana nak sambut birthday papa kalau takde gaji, kan?

Saya rasa cukuplah tu. Nanti banyak sangat sebab buat saya lagiiii sakit kepala. Saya kena berfikiran positif dan saya cuba menjadi positif sebab saya tak suka migrain, saya akan jadi sangat MOODY~~~ dan En. Yayang akan menjadi mangsa keadaan. Takmo laaaa macam tu, kan?

Saya berkerja di syarikat ini pun sebab saya nak tolong mereka sahaja memandangkan saya ada basic dalam bidang construction. Dan mereka menjanjikan bayaran untuk itu jugak. Maka saya setuju lah. Tapi bila dah tiba waktunya… takde pun tanda mereka akan bayar untuk kerja-kerja saya. Dan mereka sepatutnya tahu yang saya sangaaattttt berharap tentang bayaran tuuuu….

Bila dah jadi macam ni… malam tadi saya dengan tak larat dan tak berdaya, saya gagahkan juga menaip surat penarikan diri dari menjadi consultant untuk syarikat iteeewww walaupun CEO sangat baik dengan saya dan staff-staff lain juga. Walaupun sekadar suka-suka, tapi bila bab kerja saya tak pernah suka-suka. Saya pandang seriusss. Tengok muka pun saya memang serius kannnn…. See, saya tak memain tau!
*nowsayadahmulasakitkepala*

Tetibe…. Encik Yayang Tanya “menyesal tak resign dari Naza?”

Eeeee….. mencciiiikkkkk.

Die dah tauuu jawapan saya tapi sajeee jeee kan nak tanye banyak kali.

Fine.

Saya jawab.

Saya TAK PERNAH menyesal pun berhenti berkhidmat di NAZA Motor Trading sebab:

1)      Atas sebab apa saya nak menyesal sangat?

2)      Kalau saya berkerja pun, ada tempat lain yg boleh beri bayaran lebih tinggi kepada saya berbanding mereka.

3)      Saya tak suka sikap pilih bulu yang terlalu JELAS & NYATA.

4)      saya tak suka dengan sikap suka mengumpat & mengata yang sangat TERBUKA.  Ingat diri tu dah bagus sangat sampai nak mengata hal-hal orang?

5)      Saya tak suka fitnah FREE yang mengatakan saya tergila-gilakan boyfriend orang. Kalaulah si girlfriend tu tauuuuu siapa yang cari siapa… sumpahhh! Si girlfriend punnnn malu jugak.

Saya rasa itu jelah. Malas nak cakap lebih2.

Semoga cepatlah dapat gaji ekkk….

L

Bubbyeeee….

SANGAT TERHARUUUUU (ALA... BENDA BIASE AJE KOTTT...)



Awaakkk….

Terima kasih sesangat belikan saya ini…

Touching terusss rase nak nangesss

 :’)

Nape baik sangat ni…

Terima kasih sesangat tau awak.










*inibukanlahpemberiandariencikyayangharapmaklum*

SUATU HARI DI MID VALLEY. . .




Maafkan tajuk yang tak beriyee sangat nihh…

Penulis sesungguhnya ketiadaan idea untuk meletak tajuk kepada entry beliau.

Jadi maafkan penulis yeee (mata berkedip-kedippp bajet comel)

Minggu lepas En.Yayang ade urusan di Perak,
jadinya penulis terpakse la berjauhan untuk beberapa jam dengan Encik Yayang.

Hahaha… over tak? Over tak?

Padahal Encik Yayang pergi bukan lame pun sebab hari Ahad die dah ade kat KL semula.

Ok.

Memandangkan saya malas nak balik Johor minggu lepas dan kebetulan adik kesayangan Linda Shinda nak bermalam di rumah saya,

maka saya pun menari-nari kegumbiraan sebab ade teman.

Yeaaaayyyy!


Sangat sukeeee!










TIBE-TIBE!











Die ajak saya pergi shopping hari Sabtu di Mid Valley.

Memang sangat heaven la kan.

Bukan sebab heaven dapt shopping bersama





TETAPI!




Heaven sebab saya tak gaji lagi.

Betapa jeleeesssssnye saya kepada mereka yang dah gaji, Encik Yayang je yang tau.

Kekeke…

Ku gagahi jua langkahku ke Mid Valley dan segala perbelanjaan di tanggung 95% sepenuhnya oleh adik sayang lah.

Haaaa….

Sape suruh ajak keluar time belum gaji.

Padan muka.

Hahaha.

Jahat jek!


Memang die shopping sakan di Mid Valley dan saya?

Saya Cuma menjadi pemerhati bebas je.

FINE

 SANGAT JELESSSS.

Lepas tuuuu.

Sangat lapar and craving for sushi.

Malangnya,

Orang beratur di luar Sushi King dah sangat panjang
Tak tau bile pulak dapat seat,

So tak tau juga bile akan dapat makan, kan?

So,

We make our move to…

Dubu-Dubu Korean Restaurant.

Well, lately I was drooling to have Korean food since I am addicted to Korean dramas currently.

Hahaha.

One thing I notice about their food is,

The food was soooo tempting and good for health too.

Why?

Less sugar, less salt… less EVERYTHING!

Makanan diorg tawar-tawar.

Tapi kalau pedas,

Memang pedas yg amatlah!


Tak hengat punye!


excited lebihh... orang belanja katekan :) kekeke

niiii laaa adik kesayangan iteewwww...


Nyummmeeeyyhhhh!


hehehehe.... display punye nihh.


Ooo... ini lah kek beras pedas yang Kang-Ho cakap tuuu.... 

die la yang pesannn nihhh. macam ade cili api 1 kilo koooo dalam ni! PEDAS!


this is mine! sedaappp!


over =.=!

Over lagi.

Dan lagi =.=! fine.

Well…

I’m enjoying my weekend so far.

You?

Till then.

BYE!

AHAD YANG MEMBAHAGIAKAN!



Assalamualaikum semua!
Hari ahad lepas memang sangat membahagiakan si penulis blog ini.
Hahaha…
Walaupun nadia dah seminggu ada masalah tidur dan selalu terjaga awal,
Nadia tetap jugak bersemangat dan cergas di siang hari.
Ahad lepas sekali lagi nadia terjaga awal.
Linda Shinda masih lagi tido tak sedarkan diri.
Hahaha…
Nadia terus masuk dapur menunaikan permintaan adik sayang yang nak sangat makan bubur
 hasil air tangan kakak sayang die nih.
^_____^
Setakat bubur je pun nak kecoh kat blog.
 Ape lah =. =!
(kata penulis kepada dirinya)

Bubur ni nadia buat cair-cair je.
Dalam bubur ni ada isi ayam dan udang.
Nyummmeeeyyyhhhh!
Oh, nadia masukkan jugak halia dalam 1 inci.
Bubur tak kan nak makan kosong je kan?
So, nadia pun dengan rajinnya buatlah sayur asparagus goreng.
Sedappppp sangat asparagus ni dan ia memang penuh dengan khasiat!


Goreng dalam 5 minit je.
Kalau terlalu masak tak sedap nanti, kan J
Lagi satu, lawan yang mmg buatkan makan bertambah-tambah ialah
Ikan sepat masin!
Tu yang makan bertambah-tambah sampai empat mangkuk.
OOOPPSSSS!
Lalalala~~~~~





Tapi sumpah memang sedapppp sangat dan membangkitkan selera.
Nampak tak kicap dan cili potong tu?
Sebenarnya, adik sayang ni yang request nak cili potong dan kicap.
So penulis pun layankan ajeee lah.
*perutmengalamikelaparansaatmenulisentryini*
Ok lah.
Selamat berbubur di hujung minggu.

BYE!

ZIKIR. . . LANDASAN MOHON PERTOLONGAN SEBENAR


Firman Allah s.w.t dari Surah Ar-Ra'd, maksudnya :

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."


Cara paling mudah untuk sentiasa mengingati Sang Pencipta, 

penguasa dan pemilik alam semesta

 ialah dengan cara

BERZIKIR.

Kita digalakkan untuk berzikir mengingati Allah pada setiap masa,

 di mana sahaja 

DAN

dalam apa jua keadaan.

Zikir yang diucapkan dengan perasaan yang ikhlas 

mampu menyucikan hati seseorang daripada sifat yang negatif 

serta menghapuskan dosa-dosa kecil.


Istighfar    -  Astaghfirullah

mengagumi kecantikan, kesempurnaan ciptaan Allah - Subhanallah

Bersyukur dengan rezeki Allah -  Alhamdulillah

Mengagumi kebesaran Allah  -  Allahuakhbar


lapangkan dada, sucikan hati, tingkatkan amalan.

moga menjadi insan cemerlang 

di dunia & di akhirat. 

AMIN.

I LOVE MY NEW LENSES!

Assalamualaikum semua!

Weeeeeeeee~~~~~

kite dah pakai lenses baru.

miahahaha.

menyampah tak?

kalau menyampah pun silalah jangan ekspresikan perasaan itewww ye!

^____^

hari ni mencuba contact lense yang baru di beli dengan Encik Yayang...

sangat selesa ( walaupun mulanya macam nak tenyeh-tenyeeeeeehhhhhh je mata)

warna ungu!

kekeke. 

sama dengan warna kakak kesayangan saya belikan dulu

tapi memandangkan yang dia belikan saya tinggalkan dekat Johor

maka saya beli satu lagi.

:-)


Saya tak edit langsung. maklumlah dah pakai aDHA. Hehehe

Saya rasa ungu macam tak berapa sesuai dengan sayeee lorrr..

:)

Semua perempuan mesti akan ade amek pic mcm ni kan :)



Muahaha...

saya tetibe gilekan android Encik Yayang.

kalau request letak kat dulang hantaran dikelilingi dengan bunga warna lilac + peach

aci tak??

^_______^

Over!

ok lah bye!







Oh.




edited using android. LOL!



Ok bye!

DULU LAIN SEKARANG LAIN. . .


Assalamualaikum.

Ini entry orang kebosanan.

Mengimbau masa lalu.

menggamit memori.

DULU
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah saya dulu. zaman Kolej. muahahaha...
Tengok. Masih selekeh-selekeh lagi masa ni. zaman tak tahu melawa  lagi. :)
  
Tiba-tiba nak ada keberanian nak pakai warna merah. inilah 1st time pakai warna merah ok.


LEPAS TU
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Dah mula pandai nak berpakaian ikut trend. 

hehehehe.


I just LOVE this!

1st time beli tudung brand HAJABA. masa ni dah masuk U.  Memang sangat selesa! 


Yang ni memang nampak pelik la kan :)
Tudung yang ala-ala flowerhorn nihhh...
SEKARANG!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DAH PANDAI PULAK BERGAYA.

muahahahaha...

baru pandai main conteng-conteng muka. weee~~~
Tak tau dapat keberanian dari mana nak pakai macam ni :)

Tetibe pulak gile tyle turban sampai orang NAZA panggil tite Yuna.

hahaha.

with sis Rini yang telah pun mula berturban jugak. :)


ke"Yuna"an katenye.


ZAMAN BAWAL KEMBALI LAGI!



Style ini pun saya cuba jugak. :)


Perempuan memang suka kamera kan :)



Inilah saya sekarang. <3


gambar ni menakutkan!


Inilah saya sekarang.


semuanya saya belajar melalui pembacaan, penglihatan, pendengaran.


Saya tau ada yangtak suka dengan perubahan saya sekarang tapi apa yg boleh saya katakan:


SAYA TAK BOLEH NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG.


Pada yg tak suka cara saya mendandan diri saya,


saya mintak maaf ye.


:-)




Bye!