Thursday 21 June 2012

STRESS YANG MENYAKITKAN – Edisi orang tak sihat mental dan fizikal.



Saya memang tak berada dalam keadaan yang dihat sejak akhir-akhir ini. Dalam menulis entry ini pun saya masih lagi di hantui dengan kesakitan kepala yg berpunca daripada stress dan mendorong kepada berlakunya migrain yang terukkk. 

PHEEEWWWWHHHH….. (=.=!)
Kenapa saya stress?
Apakah puncanya?
Siapa yang menjadi punca ini semua?
Bagaimana saya boleh stress?

Well…. Inilah dunia. *tetibenaksalahkandunia*

Saya rasa bagi orang yg berkerja, especially yang makan gaji, pasti akan menunggu saat gaji masuk, betul tak? Dan lagi, bila hari nak gaji tu dah dekat, lagi la korang akan super duper excited sebab korang dah plan nak pergi makan stimboat, nak makan dekat Manhattan Fish Market, nak buat bayaran tudung kat sis Amoi Heaxa,  nak beli sun glass kat Charles & Keith. Eh? Lalalala…. Hahaha. Penulis tetibe nak mengaku bahawa itulah plan beliau.

TAPI!

Bila sepatutnya anda dah pun dapat gaji anda, tapi bos anda memandang sepi  je, takde tanda-tanda die nak announce “today is your pay day!” ataupun “kejap lagi saya bagi gaji masing-masing”, ataupun “saya baru balik dari bank, nanti check akaun” dan bos anda  datang ke ofis buat macam takde apape yang berlaku punnnn… apakah perasaan anda yang sebenar-benarnya pada masa itu? Marah? Sedih? Geram? Ataupun sangat bersuka cita dan gumbiraaaa macam dapat kasut Charles & Keith dari secret admirer anda? *tetibelagiCharles&Keith*

Kalau sayaaaaa….. memang saya akan menangis sebab:

1) saya kena bayar sewa rumah sebab kalau lambat bayar, tuan rumah akan tarik muka dengan saya.


2) saya kena bayar balik pinjaman MARA dah bagi kat saya sebab kalau saya lambat sikiiittt je, mereka akan hantar surat cinta ke rumah saya & penjamin yang akan menyebabkan isteri penjamin akan call mama saya dan tuduh saya macam-macam yang menyebabkan saya jadi sangat TAK SUKA!

3)saya nak pakai tudung cantik yg dibeli dari sis Amoi Heaxa pada surprise birthday party papa saya tapi kalau saya tak buat payment lagi, macam mana saya nak pakai tudung cantik iteeewwww… :’(

4) macam mana nak sambut birthday papa kalau takde gaji, kan?

Saya rasa cukuplah tu. Nanti banyak sangat sebab buat saya lagiiii sakit kepala. Saya kena berfikiran positif dan saya cuba menjadi positif sebab saya tak suka migrain, saya akan jadi sangat MOODY~~~ dan En. Yayang akan menjadi mangsa keadaan. Takmo laaaa macam tu, kan?

Saya berkerja di syarikat ini pun sebab saya nak tolong mereka sahaja memandangkan saya ada basic dalam bidang construction. Dan mereka menjanjikan bayaran untuk itu jugak. Maka saya setuju lah. Tapi bila dah tiba waktunya… takde pun tanda mereka akan bayar untuk kerja-kerja saya. Dan mereka sepatutnya tahu yang saya sangaaattttt berharap tentang bayaran tuuuu….

Bila dah jadi macam ni… malam tadi saya dengan tak larat dan tak berdaya, saya gagahkan juga menaip surat penarikan diri dari menjadi consultant untuk syarikat iteeewww walaupun CEO sangat baik dengan saya dan staff-staff lain juga. Walaupun sekadar suka-suka, tapi bila bab kerja saya tak pernah suka-suka. Saya pandang seriusss. Tengok muka pun saya memang serius kannnn…. See, saya tak memain tau!
*nowsayadahmulasakitkepala*

Tetibe…. Encik Yayang Tanya “menyesal tak resign dari Naza?”

Eeeee….. mencciiiikkkkk.

Die dah tauuu jawapan saya tapi sajeee jeee kan nak tanye banyak kali.

Fine.

Saya jawab.

Saya TAK PERNAH menyesal pun berhenti berkhidmat di NAZA Motor Trading sebab:

1)      Atas sebab apa saya nak menyesal sangat?

2)      Kalau saya berkerja pun, ada tempat lain yg boleh beri bayaran lebih tinggi kepada saya berbanding mereka.

3)      Saya tak suka sikap pilih bulu yang terlalu JELAS & NYATA.

4)      saya tak suka dengan sikap suka mengumpat & mengata yang sangat TERBUKA.  Ingat diri tu dah bagus sangat sampai nak mengata hal-hal orang?

5)      Saya tak suka fitnah FREE yang mengatakan saya tergila-gilakan boyfriend orang. Kalaulah si girlfriend tu tauuuuu siapa yang cari siapa… sumpahhh! Si girlfriend punnnn malu jugak.

Saya rasa itu jelah. Malas nak cakap lebih2.

Semoga cepatlah dapat gaji ekkk….

L

Bubbyeeee….

No comments:

Post a Comment