Thursday, 21 June 2012

N.A.D.I.A

Terbaca kisah sis Amoi Heaxa di blog comelnya
miniheaxabell.blogspot.com.
Rasanya kisah hidupnya lebih kurang sama dgn saya
 TAPI...
 sis Amoi Heaxa a.k.a sis Yana
lebih beruntung & bertuah
sebab dia masih dapat tatap wajah kedua orang tuanya,
tp saya x dapat n x merasa pun peluang itu...

Hari Jumaat ni banyak membuatkan saya terfikir.. tentang kehidupan.. masa depan..

saya lahir pada tahun 1990..
demi Allah saya tak ingat sangat apa yg menarik ttg masa kanak-kanak2 saya.
 Mama cakap ibu kandung saya cantik..
tapi x tau secantik mana..
sebab nampak pun x pernah kan..
=)
saya bersyukur ada keluarga yg dapat menerima saya dgn baik, saudara-mara yg mesra..
sangat bersyukur..
saya ada seorang adik.
 lelaki.
kami dua beradik je.
saya anak sulung.
saya lebih banyak berjauhan dgn keluarga berbanding adik.
saya lebih banyak berdikari.
tapi itu semua memberi saya pengalaman dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
aduiii...
hehehe

saya membesar dalam suasana cukup sempurna..
dapat pendidikan rendah & menengah dan seterusnya ke menara gading.
Alhamdulillah..
dulu saya menuntut di Kuantan, Pahang.
jurusan yg saya tahu
 "i can't perform through this course"
sampailah semester 3,
 saya ambil keputusan untuk berhenti sebab saya dapat tawaran menyambung pengajian dlm bidang TESL. Alhamdulillah..
Allah mendengar doa saya.
 papa adalah orang yg paling bangga sebab kami sukakan Bahasa Inggeris.
 i'm proud to be your daughter too papa. :')

Saya seorang je kat KL ni..
 tak ada sesiapa pun..
sebatang kara..
 Tapi saya ada seorang "guardian" yg selalu ada untuk saya..
setiap kali saya susah, ataupun senang, dia akan selalu ada untuk saya.
 walaupun saya tahu kadang2 permintaan saya sangatlah merepek,
tapi dia tetap akan tunaikan, ada kan untuk saya. :')
saya tau segala budi baik, jasa, pengorbanan dia pada saya sangatlaaaah banyak.
memang x terbalas..
apa yg sya mampu buat hanyalah berdoa untuk kebaikan dia dunia & akhirat.
saya jugak x kisah apa yg orang nak cakap antara sya dengan dia
sebab hanya kami & Allah taala sahaja yg tau..
kalau awak terbaca entry ni sayang.. "terima kasih, ya sebab menerima diri ini seadanya..
&
 maafkan segala kesalahan saya.."

Semestinya kawan2 baik saya adalah kekuatan untuk saya jugak..
Kami 5 sekawan..
 saya, Izzati, Azmi, Khairul dan Suhaida..
sama2 membesar di tempat asal kami, bermain, sekolah..
semuanya kami lalui bersama.
 sampailah alam persekolahan, saya berkenalan dengan Afiq, Idham & Firdaus..
Saya sangat menghargai kehadiran mereka dalam hidup saya.
mereka lah kawan yg sentiasa ada untuk ketawa, menangis bersama..
nasihat, buah fikiran yg datang dari mereka selalu saya jadikan panduan.
dan saya sangat kagum dengan mereka sebab mereka sangat cemerlang dalam akademik.
mereka adalah antara idola saya.
"Guys, thank you for being such a good friend to me.i always prey for our success. hope this friendship will last forever...Amin.."

kawan yg betul2 tau susahnya saya,
 senangnya saya,
sihat mahupun sakitnya saya adalah Linda.. Noraslinda..
saya x tau macam mana kami boleh berkawan rapat sampai lah saat saya menulis entry ni
 namun Allah tau saya sgt sygkan dia sebagai adik, juga sebagai kawan.
 Dia pernah melihat saya menangis, saya ketawa, saya sakit..
sehingga sampai satu saat
saya berjanji dengan diri saya yang saya xkan sekali2 mengabaikan dia,
membiarkan dia melalui segala kesulitan & kepayahan seorang diri
kerana saya akan selalu yakinkan dia bahawa saya sentiasa ada untuk dia,
bukan semasa senang sahaja.
ayah dan mak dia saya dah anggap macam orang tua saya sendiri.
 baru-baru ni abah di serang strok..sedih :'( harap dia sabar..
"lin, i love you so much.. i hope we can be friend forever.. kawan susah senang, suka duka.. we can share together.. anything.. ok dear.."

saya berdoa,
semua yg ada di sekeliling saya mohon di kekalkan dunia dan akhirat..
 janganlah dihilangkan semua kekuatan saya sebelum waktunya..
untuk sis Amoi Heaxa a.k.a sis Yana..
nadia menangis bila baca entry sis..
sebab nadia dapat dan dah rasa semua itu..
cuma sis lebih bernasib baik, sebab sis dapat merasa kasih sayang org tua sis..
i wish i can see, touch, feel the love from my real parents..
Mohon utk jadikan kekuatan sis sbg satu kekuatan untuk nadia jgk utk menghadapi hari2 mendatang..
Amin..

To all my beloved, thank you for being such a nice person to me..
 **hug + titis**


Love,
Nadia Abdullah


No comments:

Post a Comment