Assalamualaikum
semua.
Diharapkan anda semua
berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Amin…
Nadia baru je balik
dari hospital, buat check up.
Haissshh..
bilalah
nak baik, kan…
Tapi bersyukur Allah
bagi penyakit, tanda Allah masih sayangkan kita.
Ok,
Hari ni nadia nak
cerita & kongsi tips kecantikan yang insyaallah boleh jadi panduan kita
bersama.
Bahan-bahan
semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya bukan saja
dijadikan makanan utk kesihatan, malah berfungsi juga sebagi bahan asas sebagai
ramuan kecantikan.
Banyak kelebihannya
kalau kita gunakan bahan semulajadi.
Tinggal lagi, rajin
dengan tak rajin jelah nak amalkan, ye tak?
Hehehe…
1. HILANGKAN KEMERAHAN DENGAN MASKER TIMUN
-legakan kerengsaan pada kulit wajah akibat
daripada tekanan, jerawat dan sebagainya dengan hanya menggunakan timun dan
buah kranberi yg bertindak menurunksn keradangan.
Untuk kita di Malaysia, timun sudah memadai
lah kan berbanding dengan kranberi.
Mahal tu uolllss! =)
Caranya:
·
Sagat sebiji timun & campurkan dengan satu
sudu besar yogurt dan/satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
·
Campurkan bahan-bahan tadi menjadi satu adunan
(bukan buat kek ye! Hehehe)
·
Sapukan bahan-bahan tadi menjadi masker pada
muka, leher dan dada.
·
Biarkan 5-10minit dan bilas dengan bersih.
2.
WAJAH
CERAH SEMULAJADI DENGAN LOBAK MERAH
-Lobak merah menjadikan wajah lebih berseri
dan mulus, manakala kuning telur dan limau nipis mampu menegangkan kulit.
Caranya:
* Parut sebatang lobak merah sampai halus.
Ambil sebiji telur,asingkan kuningnya sahaja. Kemudain, perah limau nipis dalam
satu sudu kecil.
* campurkan semua bahan yang disediakan
tadi sampai sebati.
*sapukan pada wajah dan biarkan hingga
kering.
*akhir sekali, bilas wajah menggunakan air
sejuk tanpa mencuci semula tanpa menggunakan sabun muka.
3. HILANGKAN JERAWAT BATU DENGAN BERAS
-Air beras bukan sahaja sekadar memutihkan
kulit apabila digunakan setiap hari, malah boleh menghilangkan jerawat batu
juga =)
Caranya:
·
Ambil segenggam beras dsn tumbuk sampai halus.
Tak kisahlah apape beras pun =)
·
Campurkan sedikit air sampai kelihatan air beras
putih & pekat.
·
Sapukan pada wajah yang berjerawat batuatau
tempat yang berjerawat sebelum tidur.
·
Lakukan tiga kali seminggu.
4. KULIT WAJAH TEGANG DENGAN TIMUN
-masalah serta aktiviti harian pasti
sedikit sebanyak akan menjejaskan kulit. Timun bukan saja dapat menyegarkan
muka malah menegangkan kulit wajah.
Caranya:
·
Sagat timun terlebih dahulu hingga hancur dan
lumat.
·
Ambil tempung ubi kayu dan campurkan sedikit
air, kemudian masukkan timun ke dalam bancuhan ubi kayu. Kacau rata dan
pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
·
Sapu pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan
air sejuk dan lihat hasilnya.
5. ASAM JAWA MENGHILANGKAN PARUT
-Selalunya asam jawa digunakan untuk tujuan
masakan saja, bukan. Tapi kali ni asam jawa boleh berfungsi untuk menghilangkan
parut.
Caranya:
·
Ambil segenggam asam jawa, kemudian ramas dengan
mencampurkan sedikit air. Ramas sehingga pekat.
·
Sapukan secara lembut pada tempat berparut atau
parut jerawat. Biarkan hingga kering dan ulang setiap hari hingga parut hilang
=)
Alhamdulillah semua cara ni nadia amalkan
kecuali no.3 sebab so far takde masalah jerawat dan muka pun tak berjerawat.
Sesiapa yang nak cuba bolehlah cuba.
Selamat mencuba ladies!
No comments:
Post a Comment