Thursday, 21 June 2012

TERIMA KASIH ZAMAN KANAK-KANAK =)


Teringat waktu kecik-kecik dulu…
Semua benda nak dicuba, semua benda nak ambik tahu.
Kelakar bila dikenangkan balik..
Waktu kecik dulu, suka main pondok-pondok, main masak-masak.
Sama-sama bina pondok dengan adik & cousin2 jugak.
Segala batang kayu, daun pisang, daun kelapa sawit, semua disesahnya.
Bila dah siap pondok, tiba pulak waktu memasak.
Bab memasak ni… 
cousin lah yang paling cool.
Adik pulak akan masuk ke rumah senyap-senyap…
Ambik minyak masak dekat dapur…
Lepas tu…
Pergi reban ayam…
Ambik telur ayam.
Yang dahsyatnya,
bukan ambik sebiji tapi semua yang ada!
Gileeerrr punye adik!
Masakan memang berdasarkan telur ayam semata.
Telur goreng, telur rebus, telur separuh masak, telur dadar.
Yang peliknya,
masa tu telur ayam kampung semua layan.
Semua sedap.
Bila dah besar,
Tengok telur ayam kampung pun tak nak!
Tak lalu makan katenyeeer uollls!
Keh…keh…keh…

Bila sampai waktu maghrib,
Mama pulak bersuara,
“budak-budak tak tau bahasa ke. Nak maghrib ni. Balikkkk!!!”
Masa tu,
Lintang pukang semua lari tak cukup tanah.
Mau tak nyer,
Dah lah jerit satu kampung dengar,
Lepas tu macam-macam mitos cerita hantu disebutnya.
Aku antara yang malas nak mandi petang sebab malam lepas maghrib kena pergi mengaji!
Pernah sekali,
Mama kejar bawak penyapu sebab tak nak mandi, taknak mengaji.
Nenek lah jadi penyelamat suasana masa tu.
Mama membebel lagi,
“Ha baguslah tak nak mandi, tak nak pergi ngaji. Biar nanti tak pandai terus!”
Masa tu bukan kisah pun.
Ha! Ha! Ha!
Nenek pujuk baru lah jalan.
Kalau membayangkan batang penyapu mama tu…
Tak mandi jugak kot…
=)
Ku gagahi jua pergi mengaji waktu malam dengan adik.
Kayuh basikal.
Masa tu pakai basikal biasa lagi.
Umur aku 12 tahun baru papa belikan mountain bike.
Syiookkk oooo!

Lepas tu,
Kalau pergi sekolah cikgu selalu Tanya cita-cita bila dah besar nanti.
Aku selalu cakap aku nak jadi cikgu!
Tak lah selalu.
Sebab….
Cita-cita selalu sangat bertukar-tukar.
Biaselah minda kanak-kanak mudah dipengaruhi.
Kekeke..
Pastu nak jadi polis trafik, doktor, pakar psikologi…
Lepas tu nekad nak jadi cikgu jugak!
Kalau korang ingat lagi…
Masa sekolah dulu ada program Rancangan Makanan Tambahan.
Ala…
RMT.
Ingat tak?
Yang dapat makan free tu!
Hahaha..
Bila kawan yang dapat RMT tu tak datang,
Berlumba-lumba angkat tangan depan cikgu sebab nak ganti.
Nanti boleh jimat duit belanja.
Termasuklah aku.
Kadang-kadang merasa jugak makan RMT tu.
Muaahahahaaa….
Adoi…

Zaman kanak-kanak ni macam-macam karenah.
Alhamdulillah…
Bila dah besar, semua kenangan tu tetap lagi dalam ingatan walaupun tak mampu nak ingat semuanya.
Bila tengok Al-Quran,
Mesti teringat peristiwa dikejar dengan penyapu tu.
Hahaha…
Ada hikmahnya jugak…
sebab…
aku dah khatam Quran seawal umur 8 tahun.
Khatam secara rasmi
Dan
dapat sijil pengiktirafan dari pejabat agama negeri Johor.
Siapa orang Johor mesti tahu sijil tu kalau korang mengaji dengan guru agama yang bertauliah.
=)
Lepas khatam,
ngaji kat rumah je dengan mama.
Masa tu rasa bangga ye jugak sebab kawan-kawan lain tak khatam Quran lagi.
Umur 10 tahun dah jinak-jinak dengan tilawah Al-quran.
Minat nak belajar tarannum datang membuak-buak!
Bangga lagi sekali menerjah diri.
Muahahahaha…
Sebabnya…
Umur 10 tahun lagu Bayati, Nahwan, Hijjaz semua dalam tangan.
Dan masa tu jugak mencabar diri untuk menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran sampai lah jugak peringkat negeri.
Tapi tak lama pun.
Mula tahun 2000 sampai lah 2002.
Lepas tu dah masuk sekolah menengah.

Sekarang,
Dah boleh bangga dengan diri sendiri.
Betul,
Ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Kalau mama tak kejar pakai penyapu,
Aku mungkin tak pandai mengaji.Kenal huruf jawi pun tak agaknya.
Kalau tak,
Macam mana nak khatam Al-quran kan.
Mama cakap malu kalau tak pandai baca al-Quran.
Alhamdulillah,
Berzanji pun pandai.
Semuanya disebabkan mama.
Bab-bab ilmu fardhu ain papa banyak serahkan pada mama.
Papa pulak uruskan keperluan kami yang lain.
=)

Sekarang,
Dalam persediaan untuk bergelar warga pendidik.
Teruja namun rasa takut tu pasti ada.
Susaaaaahhhnnnyeeee
 nak bahagikan masa antara belajar + bekerja
Namun itu semua berbaloi-baloi!

Papa pesan,
Jadi cikgu nanti jangan garang-garang.
Kalau garang-garang..
Anak murid cabut lari tau!
=)

Oh, Allah thanks you for everything.
You’re the great creator of us.

Terima kasih kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa angkat ku yang sangat baik dan menyayangiku adik-beradik.
Sesungguhnya kami rasa sangat bertuah dan bersyukur.
Sejahterakanlah hidup kedua orang tuaku.
AMIN…
:’)



No comments:

Post a Comment