Tuesday 10 July 2012

Ooooo….Balik Kampung! (Ini entry di taip di kampung halaman)


Perjalanan jauh tak ku rasa…”
Hahaha..
Tak rasa apenye.
Habis sakit semua tulang belulangku dibuatnya.
Hari ni saya balik ke kampung halaman di Kluang Johor.
Dah sebulan rasa tak balik jadi rindu pulak dengan suasana kampong
(hahaha… macam lama sangat tak balik).
Sebenarnya dah lama tak makan masak asam pedas mama yang super sedap itewww tapi sebelum balik tu lupa pulak nak cakap kat mama jadi mama tak buatlah asam pedas ikan pari ke…ikan mayung ke.. ikan kembung ke…
Oh, kali ni saya balik kampong drive sendiri. Hehehe almaklumlah Encik Yayang sibuk sejak akhir-akhir ni. Makanya saya gagahkan jugak diri walaupun saya tahu saya pasti akan keletihan yang tak hengatttt. Saya balik sekali dengan dua org co-pilot.Hehehe.
Tapi mereka takde pulak lessen memandu. Jadi, Nampak tak?
Walaupun mereka ada, tapi mereka tak boleh nak buat apape sebab saya je yang ada lessen memandu manakala mereka?
Mereka duduk sambil makan Chicken Foldover dan bermain permainan percuma Madagascar yg diperoleh dari set Happy Meal, bergumbira…bla…bla..bla… see?
Hahahaha

CHECK LIST SEBELUM BERTOLAK:

1.Pastikan kejut adik bangun pagi seawal yang mungkin supaya dia tak ditinggalkan oleh KTM sebab
Klang-KL pun memakan masa jugak.
KTM kan? Anda harus faham

2. kemaskan segala barang-barang keperluan seperti aksesori, jam tangan, alat solek yg penting seperti Cosmoderm Sunscreen Foundation & Serum Adha, pakaian-pakaian serta jeans ke dalam beg dan campakkan ke dalam bonet kereta.

3.Janji temu singkat dengan kakak cantik abad ini, sis Nurshahida Idayu kat Jusco Wangsa Maju pukul 10.30pagi untuk ambil cup cakes.

4. cari sun glass memandangkan sun glass yang tersayang dah pun menemui ‘ajal’ sebab mata saya tak boleh la silau-silau ni. Hew… hew…. Hewww…

5. ambil adik kat Stesen Wangsa Maju (nasib baik dekat dengan Jusco)

6. Teruskan perjalanan ke Johor! Yeaaaayyy!

Saya sampai awal di Jusco lebih kurang jam 10.00 pagi jadi saya bolehlah mencari sun glass yang sesuai.
Akhirnya ketemu jua walaupun ianya 90% bukan pilihan hati saya.
Hahaha.
Kenapa?
Sebab ianya pilihan Linda.



eh? motippp sangat. hahaha. dalam jem pun sempat lagi okey. tu lah perempuan =.=!

Dah berjumpa dengan apa yang di cari, saya terus menuju ke tempat kak ayu menuggu.
Pot.. pot…pot…pet jap pastu mintak diri utk teruskan perjalanan.
Saya banyak berhenti kali ni sebab saya sangat mengantuk.
Membahayakan diri sendiri dan orang lain adalah sangat NO! NO! NO!
Baik berhenti daripada teruskan perjalanan dalam keadaan diri tak berapa nak ok.
Hehehe.
Lebih kurang Jam 3.00 petang saya dah masuk ke Tangkak.
Motippp???
Haruslah cari kain.
Tapi bukan saya lah.
Linda, kawan saya ni yang nak cari kain utk raya nanti.
Biasalah… tangkak ni kan memang Syuga kain.
Murah pulak lagi kan?
So janganlah beli sikit-sikit.
Beli banyak terus ok!
Hahaha.

Kami di Tangkak lebih kurang setengah jam sahaja memandangkan saya kena hantar Linda ke Batu Pahat pulak lepas tu kan.
Dah lah nak cepat.
Boleh pulak sesat-sesat lagi bagai then suddenly linda boleh pulak cakap

takpe kalau sesat pun kite kan dah kat Johor”

Boleh camtu?
=.=!
Nasib baik ade adik.
Die lah hero of the day sebab die ingat semua jalan.
Dah lah GPS buat pasal tah mana-mana jalan yang die tunjuk.
Kuiii…kuii…kuiii..

Bila dah sampai area Batu Pahat hati lagi la melonjak keriangan.
Alhamdulillah syukur…
Selamat sampai rumah linda ngam-ngam Asar.
Ingat nak solat dulu tapi adik cakap alang-alang baik jalan terus balik rumah.
Pukul 6 petang tepat!
Sampailah depan rumah orang tuaku.
Waaaaaa….
Disambut pulak dengan azhad & Azfar.
Lagiiii la suka.
Lega dah.
Boleh solat dan berehat.
Ok lah,
Sampai sini dulu.
Sambung next entry.

No comments:

Post a Comment