SAYANGI DIA SEADANYA.
Di dunia terdapat hamper 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti.
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah
apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan
terus mengubah dirinya.
Tentu anda masih ingat,anda terpikat padanya
kerana dia adalah dia.
Maka, tiada alasan utnuk menjadi seseorang yang
lain.
SAYANGI DIA DENGAN HATI, BUKAN DENGAN PERASAAN.
Jika anda
meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,
ianya akan gagal
kerana
perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
SAYANGI DIA
SEPENUH HATI.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda.
Dengan
kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan
dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih
diri anda.
Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran
cintanya.
HORMATI PENDIRIAN DAN KEPUTUSANNYA.
Jangan anda
merayu dan jangan anda mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda
kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.
YAKINKAN DIRI ANDA AKAN KEISTIMEWAAN
DIA.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini
dan
jangan mengharapkan
kesempurnaan dari dia
kerana
dia telahpun cukup sempurna semenjak anda
mula terpikat padanya.
PERCAYA AKAN DIRINYA.
Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri anda ditempatnya sebelum melakukan
apa-apa.
Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya,
apatah lagi dia...
JANGAN
BERJANJI MENYAYANGI DIA UNTUK SELAMA-LAMANYA
KERANA
SELAMA-LAMANYA BAGI
ANDA
MUNGKIN
AKAN BERAKHIR KEESOKAN HARINYA.
Tetapi berjanjilah untuk
menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari terakhir
untuk anda berdua.
BERCINTA DENGANNYA ADALAH SEPERTI
MEMBERI HATI ANDA KEPADANYA
UNTUK DILUKAI
TETAPI
KEPERCAYAAN ITU
PENTING.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh
jiwa dan raga.
JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN DIA TANPA
SEBARANG ALASAN.
Dia bukan hanya setakat menangis kecewa dan kemudiannya
meneruskan hidup seperti biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan mati
secara perlahan.
JANGAN CEPAT BERBANGGA.
Dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah sesuatu kejayaan yang mutlak tetapi
anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah Berjaya menyayanginya
sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah,
dia memilih anda adalah kerana dia
percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan menepati janji. Anda
telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai
dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun…
Nadia dah lama tulis tentang hal ni dekat Fb, bila baca balik rasa macam sayu lebih-lebih lagi kalau anda selalu sangat ada selisih faham dengan si dia :'(
Selami. Untuk kebaikan, kebahagiaan bersama.
Bye.
Love,
Nadia Abdullah.
No comments:
Post a Comment