Ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama kan
:-)
cuba tengok tajuk entry kali ini.
nadia nak kongsi dengan semua readers.
cinta yang bagaimana?
Hayatilah ia. . .
1.
yang pertama ditulis Qalam ialah Bismillah.
maka,
apabila anda menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana
BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang diturunkan kepada
Jibril.
2.
BISMILLAH untukmu dan ummatmu.
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun
sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam
(Hadis Qudsi)
3.
tatkala BISMILLAH diturunkan di dunia,
maka semua awan berlari ke arah barat,
angin terdiam,
air laut bergelora,
terlempar seluruh syaitan.
4.
demi Allah & keagunganNya,
tidaklah BISMILLAH dibacakan pada orang yang sakit
melainkan menjadi ubat untuknya
DAN
tidaklah BISMILLAH dibacakan atas sesuatu melainkan
dengan berkat Allah
keatasnya.
5.
barangsiapa yang ingin hidup BAHAGIA & MATI SYAHID
maka,
bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu yang baik.
6.
Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf
dan
malaikat penjaga neraka ada 19
(Al-Muddatsir)
Ibnu Mas'ud berkata
"sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka,
maka bacalah BISMILLAH
19x setiap hari".
7.
tiap huruf BISMILLAH mempunyai JUNNAH.
Junnah ialah penjaga/khadam hingga setiap huruf berkata,
"Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatan
dan
kehebatannya".
8.
Barangsiapa yg memuliakan tulisan BISMILLAH,
nescaya Allah akan mengangkat namanya
di
syurga yang sangat tinggi
dan
diampunkan segala dosa orang tuanya.
9.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH 21x ketika hendak tidur,
maka akan terpelihara daripada
gangguan syaitan,
kecurian & kebakaran,
maut mendadak
dan
bala.
10.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50x dihadapan org zalim,
hinalah & masuk ketakutan dlm hati si zalim
serta
naiklah keberanian dan kekuatan kepada yang membacanya.
betapa hebatnya BISMILLAH.
Moga menjadi amalan kita bersama.
END.
Love,
Nadia Abdullah.
p/s : Sumber daripada Majalah NUR
No comments:
Post a Comment