Firman Allah s.w.t dari Surah Ar-Ra'd, maksudnya :
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
Cara paling mudah untuk sentiasa mengingati Sang Pencipta,
penguasa dan pemilik alam semesta
ialah dengan cara
BERZIKIR.
Kita digalakkan untuk berzikir mengingati Allah pada setiap masa,
di mana sahaja
DAN
dalam apa jua keadaan.
Zikir yang diucapkan dengan perasaan yang ikhlas
mampu menyucikan hati seseorang daripada sifat yang negatif
serta menghapuskan dosa-dosa kecil.
Istighfar - Astaghfirullah
mengagumi kecantikan, kesempurnaan ciptaan Allah - Subhanallah
Bersyukur dengan rezeki Allah - Alhamdulillah
Mengagumi kebesaran Allah - Allahuakhbar
lapangkan dada, sucikan hati, tingkatkan amalan.
moga menjadi insan cemerlang
di dunia & di akhirat.
AMIN.
No comments:
Post a Comment